31 January, 2011

tips-tips putus cinta .

Dulu, bila salah seorang yang rapat dengan aku gaduh@putus cinta@ditinggalkan oleh kekasih, aku hampir2 terkejut tahap dewa. Mana taknya, sampai sanggup nak memutuskan nyawanya sendiri ok. Dasyat tak dasyat? Mengucap panjang aku. Kalau lambat sikitttt je lagi, memang dia tu sadaqallahuazim la jawabnya. Serius! Padahal sepanjang yang aku kenal dia, dia seorang yang kuat@garang@nampak tegas n whatsover tak sangka dalam melibatkan hal percintaan dia lemah, lemah-selemahnya. Sangat tak sangka.


Seringkali bila aku dihadapkan kes2 putus cinta oleh rakan sekeliling, satu soalan yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Sakitkah? Sampai nak mati? Untuk menjawab pertanyaan aku yang bercinta pun tak pernah ni, aku tanya la pendapat rakan2 lain yang pernah clash jugak. Rata-rata memberikan jawapan, ya ya , sakit tapi as long as kita boleh kawal emosi, insyaAllah selamat. Jangan biarkan syaitan menghasut sampai tahap macam... ok malas nak cakap dah. Meh sini aku bagi pendapat aku macam mana nak atasi perasaan putus cinta@ditinggalkan.

1) Sibukkan diri dengan aktiviti2 sosial. Bercampur-gaul dengan ramai orang supaya fikiran kita tak terlalu memikirkan sangat tentang si dia. Dengan bersosial, banyak ruang terbuka untuk kita mengenali orang lain jugak sekaligus mencari pengganti si dia. Ehem ehem ehemmmm. Ala, orang yang meninggal pun, pasangannya menangis sakan beria-ia pastu tak lama tu kejap je jumpa pengganti kan. Nak buat macam mana, nak taknak hidup perlu diteruskan. Find your other way untuk bahagia. Jika anda menemui seseorang sebagai pengganti, go ahead. Anda layak untuk bahagia.

2) Travel. Sila melancong. Pergi la pulau ke, pantai ke, hutan ke atau apa2 tempat yang berkaitan dengan keindahan semulajadi la. Supaya fikiran akan lebih tenang .
Dulu, bila salah seorang yang rapat dengan aku gaduh@putus cinta@ditinggalkan oleh kekasih, aku hampir2 terkejut tahap dewa. Mana taknya, sampai sanggup nak memutuskan nyawanya sendiri ok. Dasyat tak dasyat? Mengucap panjang aku. Kalau lambat sikitttt je lagi, memang dia tu sadaqallahuazim la jawabnya. Serius! Padahal sepanjang yang aku kenal dia, dia seorang yang kuat@garang@nampak tegas n whatsover tak sangka dalam melibatkan hal percintaan dia lemah, lemah-selemahnya. Sangat tak sangka.


Seringkali bila aku dihadapkan kes2 putus cinta oleh rakan sekeliling, satu soalan yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Sakitkah? Sampai nak mati? Untuk menjawab pertanyaan aku yang bercinta pun tak pernah ni, aku tanya la pendapat rakan2 lain yang pernah clash jugak. Rata-rata memberikan jawapan, ya ya , sakit tapi as long as kita boleh kawal emosi, insyaAllah selamat. Jangan biarkan syaitan menghasut sampai tahap macam... ok malas nak cakap dah. Meh sini aku bagi pendapat aku macam mana nak atasi perasaan putus cinta@ditinggalkan.

1) Sibukkan diri dengan aktiviti2 sosial. Bercampur-gaul dengan ramai orang supaya fikiran kita tak terlalu memikirkan sangat tentang si dia. Dengan bersosial, banyak ruang terbuka untuk kita mengenali orang lain jugak sekaligus mencari pengganti si dia. Ehem ehem ehemmmm. Ala, orang yang meninggal pun, pasangannya menangis sakan beria-ia pastu tak lama tu kejap je jumpa pengganti kan. Nak buat macam mana, nak taknak hidup perlu diteruskan. Find your other way untuk bahagia. Jika anda menemui seseorang sebagai pengganti, go ahead. Anda layak untuk bahagia.

2) Travel. Sila melancong. Pergi la pulau ke, pantai ke, hutan ke atau apa2 tempat yang berkaitan dengan keindahan semulajadi la. Supaya fikiran akan lebih tenang



Kajian menunjukkan, melancong adalah ubat kepada stress. Dengan melancong, kita dapat mempelajari benda baru, melihat benda baru supaya fikiran kita teralih sedikit.

3) Buang segala kenangan yang mengingatkan kita kepada si dia. Ia, buang. But then, sesetengah orang memilih untuk simpan. Kenangan mungkin? As long as kenangan itu tak membuatkan kita sentiasa bersedih, its okay untuk menyimpannya. Kalau aku, aku memilih untuk buang. Diari aku dulu yang dipenuhi dengan rasa marah terhadap sesetengah orang sudah aku bakar dan semadikan. Sebab membacanya walau untuk mengimbas kejadian dulu, mengingatkan aku kepada situasi itu dan membuatkan rasa 'tak suka' itu datang kembali. Dan aku memilih untuk membuangnya. Guess what? Aku dah tak benci sape2 yang aku pernah benci tahap dewa dulu. Eh, kisah aku tu bukan cintan-cintun la, pasal orang yang tak suka, orang yang menjengkelkan. hmmm....

4) Tips dari aku yang terakhir. Pandang hadapan. Jangan pandang belakang (eceh, ini tajuk movie;P)
Ingat, ramai yang masih menyayangi anda. Kawan, keluarga. Jangan fikir, menamatkan hidup sebagai jalan penyelesaian. Tak cium bau syurga tahu? Buat penat je kau hidup sebagai orang Islam selama 24 tahun (contoh). Jangan terlalu menyesali kesilapan lalu. Benda dah berlaku. What to do? Dah tak boleh patah balik dah. Jadikan kesilapan kita itu sebagai pengajaran di masa hadapan.Be positive. Bukan tak sudah2 menyesali, mengungkit hal dulu, ulang2, lama2 kita sendiri lemas dalam kenangan silam itu. Dulu pernah masa kucing kesayangan aku mati, aku selalu sangat berfikir, kalaulah aku bawak kucing tu balik kampung mesti dah hidup dah sekarang, mesti tak mati. Kalaulah kucing tu kurung je dalam rumah jangan bagi keluar mesti takkan mati. ITU NAMANYA MELAWAN TAKDIR. Cepat2 aku nafikan perasaan itu. Kalau dah takdir kucing itu mati pada tarikh sekian2, ia akan tetap mati walau dengan cara apa sekalipun, di mana sekalipun. Sebab tu kita tak boleh terfikir-fikir sangat sebab semakin kita fikir, semakin kita cuba untuk menyalahkan@melawan takdir. Sama macam kes putus cinta. Kalau ditakdirkan hubungan anda dan pasangan berakhir pada tarikh sekian2, walau apa pun terjadi, ia tetap terjadi dengan cara apa sekali pun. Yang kita mampu buat hanyalah berfikir hikmah di sebalik kejadian. Mungkin Allah pisahkan kita dengan seseorang supaya dia dapat temukan anda dengan seseorang yang lebih baik dan sesuai dengan anda.

Dari keempat-empat point di atas, aku boleh simpulkan satu iaitu, jangan terlalu memikirkan sangat. Pada awalan mungkin kita masih terfikir-fikir but it's okay. Take time kan. Sesudah itu, alihkan perhatian anda. Alihkan walau dengan cara apa sekalipun. Kerana bila terlalu banyak berfikir, ia akan mengakibatkan kemurungan dan tak mustahil ia akan berlarutan sampai tahap boleh masuk tanjung rambutan mungkin?

p/s: entry ini mungkin lebih sesuai untuk orang yang bereaksi ekstrem pasal putus cinta ni. Hmm u know, yang tahap nak makan pil tidur berdos-dos, ataupun yang tahap nak terjun bangunan, ataupun yang tahap nak kelar tangan sendiri. Pendek kata yang tahap macam dia rasa macam tak wujud dah lelaki@perempuan lain dalam dunia ni. Yang sorang tu je.. Kalau putus cinta tahap biasa2 tu, i know about that feeling. Ye la, manusia mana tak sedih kan.huhu...ok bye.


p/ss: Auwww, malunya tetiba je keluarkan entri pasal cintan-cintun ni macam berexprience pulak aku ni kan. Tiba2 rasa segan pulak. Mau gi menyorokkan diri kejap sebab malu*tetiba* ;P

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer