26 January, 2011

penutupan facebook ?

Aku rasa semua orang yang memiliki akaun Facebook sudah tahu akan desas desus penutupan Facebook pada bulan Mac nanti. Aku dengar Surau Al-Kauthar dekat rumah aku tu siap nak buat solat hajat lagi bagi mengelakkan Facebook ditutup. Namun begitu, jika anda seorang yang peka dengan perkembangan semasa, anda dengar berita itu pun dah tahu yang penutupan Facebook merupakan jenaka kasar semata-mata dan tidak mungkin berlaku. Facebook merupakan komoditi yang bernilai berbilion dolar yang menyatukan umat manusia di dunia ini, buat apa nak hapuskan? Pengaruhnya memang luas dalam hidup kita, terlalu luas sehinggakan boleh meninggalkan pelbagai impak tak kiralah yang positif mahupun negatif. Pernahkah anda terbayang apa yang akan berlaku dalam kehidupan anda jika kenikmatan Facebook ini dirampas daripada anda? Ayuh kita buat simulasi dan mengkaji kesan penutupan Facebook kepada masyarakat.

1) Hilang sumber pendapatan

Ini merupakan kesan yang paling ketara sekali jika Fesbuk ditutup. Fesbuk merupakan satu networking tool yang menghubungkan ribuan manusia di pelbagai benua, menjadikannya medium yang efektif untuk menjana wang. Dewasa kini, ramai orang yang menggunakan Fesbuk sebagai sumber pendapatan, dan pendapatan ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis:

a. Pendapatan melalui pekerjaan maya

Ramai petani akan kehilangan kebun yang dibina yang dibina dengan penuh kesabaran. Bukan senang nak bina farm yang cantik mata memandang di samping memberi pulangan 'coins' yang stabil. Begitu juga dengan Ah Long wannabe yang gigih mencari rezeki tiap-tiap 30 minit naik level, mahupun pengusaha CafeWorld yang menyediakan pelbagai hidangan menarik. Kasihan mereka semua hilang kerja.

b. Pendapatan melalui online shop


Zaman moden ni kita tak perlu pergi jauh-jauh kalau nak beli benda. Bukak Fesbuk pelbagai jenis kedai ada. Daripada kedai Tudung Yuna, Kedai Korset Adibah Noor sehinggalah kedai Kek Red Velvet semuanya boleh kita jumpa di Fesbuk. Sekali anda kawan mahupun 'Like' page mereka, maka sepuluh kali sehari mereka akan tag anda untuk mengiklankan produk-produk terbaru. Tak semestinya jual produk sahaja, jual perkhidmatan pun ada juga. Perkhidmatan mengambil gambar kahwin, perkhidmatan urut organ tertentu mahupun perkhidmatan berkhatan. Tanpa Fesbuk, musnahlah angan-angan mereka untuk menjadi jutawan Internet.

c. Pendapatan melalui login Fesbuk Dapat RM100


Dah Fesbuk nak tutup tak bolehla nak login dan tak bolehlah nak dapat duit setiap kali login.



2) Putus talian persaudaraan / persahabatan akibat tak datang kenduri kahwin

Zaman sekarang ni kalau ada undangan perkahwinan, main ajak pakai Fesbuk je. Jimat wang dan jimat tenaga. Main klik-klik je pappp 500 orang dapat jemputan. Tapi kalau Fesbuk tiada bagaimana? Even kalau nak hantar kad sebenar sekalipun, kita tak ada nombor telefon diorang, nak minta alamat pun tak boleh. Tup tup kita kahwin takde siapa yang datang. Orang pulak ingat kita tak jemput mereka, langsung berdendam sehingga ke hari tua.

3) Hilang sumber hiburan

Poin ini mungkin akan memberi kesan kepada banyak pihak. Fesbuk ini umpama filem. Elemen lucu, elemen emosi, elemen sedih semua ada. Kat mana lagi kita nak tengok status cryptic yang orang tak faham yang di post setiap 5 minit dengan caps lock? Kat mana lagi kita nak tengok gambar kurus gadis-gadis yang disertakan dengan caption "I nampak gemuk laaaa...". Kat mana lagi kita nak tengok gambar-gambar yang mendedahkan aurat berat untuk dijadikan modal bagi melakukan perkara yang berdosa? Kat mana lagi ijaicool nak cari material untuk menstereotypekan gadis-gadis?

Stalking merupakan sumber hiburan juga. Stalk jejaka ataupun gadis hangat tu dah biasa sangat. Selalunya stalk bekas teman lelaki atau perempuanlah. Yelah marah kita masih belum reda lagi sebab mereka melukakan hati kita. Kita akan stalk mereka hari-hari mengharapkan sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka. Buruk as in kena dump ke, dijangkiti siflis ke mahupun kena extend 1 semester sebab tak siap final project.

4) Masyarakat akan hidup dalam keadaan aman harmoni

Penutupan Fesbuk tidaklah sekadar memberi kesan buruk semata-mata. Ada juga kesan baiknya. Tanpa kehadiran Fesbuk, dunia ini sebenarnya akan menjadi lebih aman. Tak payah letak dunia, kita letak Malaysia dulu. Orang Malaysia, especially orang Melayu, memang tak boleh tersalah cakap ataupun terguris hati sikit. Kalau tak puas hati je, huii buat laman benci terus. Macam-macam jenis hate page yang muncul antaranya adalah 'Kami Benci Maher Zain' la, 'Kami Benci Blog Y.P.R' la, 'Kami Benci Awek Goalkeeper Malaysia Sebab Blog Dia Lagi Popular Dari Blog Kami Walaupun Blog Kami Lagi Best' la, dan pelbagai laman benci yang lain. Tanpa Fesbuk, tiadalah laman benci. Tanpa laman benci, maka tiadalah pergaduhan sesama sendiri.

Fesbuk juga merupakan lubuk mencari mangsa kepada manusia-manusia berwatak jahat seperti paedophilia. Aku tengok kanak-kanak baru darjah 4 pun dah ada akaun Fesbuk. Diorang kena offer gula-gula maya sikit dah boleh terpengaruh. Tanpa Fesbuk, mungkin jenayah seks dalam mahupun luar tabii boleh dikurangkan.

5) Produktiviti akan meningkat

Ini pun kesan yang baik juga. Tak usah tipu, korang masuk kerja je, apakah laman web pertama yang korang buka? Oh no wait, laman web kedua la. Kalau laman web pertama mostly korang akan jawab blog Yang Penting Rupa. Ok so, apakah laman web kedua yang korang akan buka? Fesbuk, of course. Tak kisahlah kalau Fesbuk kena blok pun korang akan usahakan juga browse guna proxy. Masa breakfast buka Fesbuk, masa buat kerja pun layan Fesbuk sehinggalah tamat waktu bekerja. Orang bayar gaji anda bukan untuk main Fesbuk, unless anda ni merupakan Admin kepada Fanpage Maher Zain. Maher zain lagi. Aku asyik bagi Maher Zain sebagai contoh je peminat fanatik ke apa ni. So dengan penutupan Fesbuk, orang tak tahu nak buat apa dah. Nak kembali ke Friendster ataupun Myspace, dah tak ingat password. Takde keje nak pegi buat akaun baru leceh kena start dari bawah orang ingat kita noob nanti. Mau tak mau kita pun akan kembali menjadi pekerja yang berdedikasi tanpa godaan Fesbuk.

Produktiviti di sini tidak merujuk kepada pekerjaan semata-mata. Kita boleh cakap tentang produktiviti antara suami isteri juga. Selama ini duduk 'poke' isteri secara maya kalau tiada Fesbuk kebarangkalian untuk poke poke poke isteri secara fizikal akan menjadi lebih tinggi. Itu yang kawan aku Anas dan Zaahirah terus nak dapat bayi baru tu sebab Anas dah tak main Fesbuk hee hee.

Aku rasa cukuplah aku senaraikan 5 kesan yang paling ketara yang bakal berlaku jika Fesbuk ditutup. Fesbuk itu sendiri telah menjadi gaya hidup. Ramai kenalan di Fesbuk tidak bermakna anda ni popular. Kita berlumba-lumba menambah orang secara rawak walaupun kita tidak kenal siapa mereka. Nanti Fesbuk dah tutup, haa kesunyian kau tiada rakan sebenar. Okla aku nak pergi back up gambar karang Fesbuk dah tutup habislah gambar-gambar baju Melayu aku. Eh.

Bagaimanakah penutupan Facebook boleh mempengaruhi anda?

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer