08 January, 2011

rumah berhantu !





sudah lama aku memerhatikan rumah itu . rumah yang bercat gelap. kelihatan suram sungguh luarannya . sekaligus efek keseraman tercetus hasil daripada jasad luarannya . entah siapalah yang berani tinggal di rumah sebegitu usang . jangan-jangan bermacam puaka sudah menguni rumah usang itu .
aku sebenarnya takut mahu menghampiri rumah tersebut . kerana dalam fikiranku sudah pastilah rumah itu berhantu . macam rumah drakula dalam filem seram . sungguh , ia sangat menyeramkan untuk dipandang lama-lama .
tapi oleh kerana aku seringkali lalu lalang di depan rumah usang itu , aku tidak dapat mengelakkan diri daripada terus memerhatikannya . bagai ada sesuatu menggamit pemerhatian aku . sesuatu yang ghaib berupa aura yang kuat memanggil aku supaya cuba masuk kedalam rumah itu .
sedar tidak sedar , aku kini berdiri betul-betul di depan pintu masuk rumah tersebut . aku masih berkira-kira sama ada mahu masuk atau tidak . perasaan takut dan was-was masih menghantui sanubariku . namun aku kuat kan hati . menolak jauh kemungkinan bahawa rumah ini berhantu walaupun telingaku bagaikan terdengar-dengar suara jeritan dari dalam .
dengan kaki agak terketar-ketar , aku menolak daun pintu . KREKKKK..ia berkeriut . seram bunyinya . suasana di dalam rumah itu suram . apabila aku berjalan menjauhi pintu , suasana menjadi kelam . aku terkaku . tidak pasti arah mana harus dituju .
tiba-tiba ada sesuatu melintas dihadapanku . sekejap saja . dan aku tidak pasti apakah ia . namun ia sudah cukup membutkan bulu roma ku tegak merinding . tiba-tiba lagi , aku dipintas oleh seorang lelaki . kasar sekali dia melanggar tubuhku . 
"tunggu dulu"aku memanggilnya . namun kelibat lelaki itu sudah hilang dalam kegelapan yang terbentang di depan mataku . aku terkaku lagi . sayup-sayup aku terdengar jeritan nyaring silih berganti .
aku jadi takut untuk meneruskan langkah . tapi untuk berpatah balik tidak mungkin kerana aku sudah tidak nampak jalan keluar lagi . hampir saja aku teraba-raba di dalam gelap .
ketika meraba-raba itulah aku terpegang sesuatu yang lembik dan sejuk . jantungku berdegup kencang . belum sempat aku menarik tangan , terasa ada sesuatu menangkap aku dengan cengkaman yang sungguh erat .
"mak ! lepaskan aku ! lepaskan aku"aku meronta seperti orang gila .
"hahahahah"suara ketawa berkumandang . 
"tolong" aku menjerit sekuat hati , mengharapkan agar ada seorang muncul membantuku . tapi entahlah dari mana datangnya kekuatan , aku lalu menendang kearah "sesuatu" yang tidak dapat aku lihat itu . terdengar erangan berpanjangan . cengkaman terlepas serta-merta . lalu aku mengambil peluang itu untuk melarikan diri .
tapi melarikan diri kemana ? rumah ini seperti tiada penghujungnya . terasa begitu luas . aku bagaikan tersesat dalam kegelapan . pada saat itu mulalah timbul perasaan meyesal kerana terlalu mengikutkan rasa hati untuk masuk ke dalam rumah puaka ini .
aku mula buntu . hampir sahaja aku menangis . tapi sebagai lelaki , walau takut macam mana pun , aku harus kuad semangat . dugaan-dugaan dari hantu-hantu yang menghuni rumah ini tidak seharusnya merenggut kejantanan aku . aku lelaki MACHO . ya . sekaligus aku rasa kembali berani . 
aku berjalan ke depan , tetapi sudah tidak berani lagi untuk meraba-raba . takut teraba sesuatu yabg aneh pula . belum pu jauh aku berjalan . tiba-tiba kelihatan kelibat putih mendekati aku dari arah hadapan . aku mengamati .
perempuan! aku terkaku melihat perempuan yang muncul di depan aku itu . cantik dan hampir menbuatkan aku tergoda . tetapi sekejap kemudian , bila perempuan itu tersenyum memandangku , darah aku terasa berhenti mengalir . dari celah bibirnya yang merah menyala itu , kelihatan taring panjang , berkilat -kilat dipanahi cahaya suram yang entah dari mana .
"PON..PONTI....PONTIANAKKKKK!!!TOLONG!!" . panjang jeritan aku . tindakan reflek akibat terkejut melihat kemunculan perempuan cantik itu yang rupa-rupanya pontianak .
lebih mengharu birukan perasaan aku apabila pontianak itu dengan sewenang-wenangnya ketawa mengilai-ngilai . menambahkan lagi rasa takut dalam jiwa aku .
tanpa membuang masa , aku berlari meredah kegelapan . namun , suara hilai tawa pontianak tersebut bagaikan mengekori larian aku . nampak nya ia mahu terus menghantui hidup aku dengan hilai nyaringnya .
"TOLONGLAH..SELAMATKAN AKU ..AKU TAKUT NI.." aku sudah mula melupakan kemachoan diri . pada saat genting begini , aku hanya mahu keluar dari rumah puaka ini . tapi siapakah yang dapat menolong aku ? 
aku terpusing-pusing di dalam gelap , mahu mencari jalan keluar . kelihatan cahaya merah di depan aku . lalu tanpa ragu-ragu , aku melangkah ke arah cahaya itu .
tiba-tiba ....
"WARGHHHHHHHHH!!!!!ARGHHHHHHHH!!! sergahan bergabung dengan jeritan aku . menggempitakan suasana rumah itu . jeritan demi jeritan saling bersahutan . 
aku terduduk di atas lantai melihat lembaga menakutkan muncul dari atas terhayun-hayun di depan aku . rasanya kalau muka aku ini ditoreh pasti tidak akan ada darah yang keluar ! kerana aku dalam ketakutan tahap impak maksima !!
dalam keadaan menggigil tidak mampu untuk berdiri , aku merangkak menjauhi lembaga menakutkan itu . harap-harapnya selepas ini aku akan bertemu dengan jalan kelaur . sekaligus jauh dari kepuakaan rumah ini . menyesal ! memang kau menyesal gila babi sebab masuk ke dalam rumah ini .
agak jauh sedikit baru lah aku berdaya untuk berdiri . namun belum sempat aku berdiri dengan kukuh satu kepala muncul dari dinding lengkap dengan sergahan yang membutkan aku hmapir-hampir terkena  serangan jantung . akibatnya , aku terdampar di dinding dengan tangan melekap di dada cuba mengurangkan debaran kencang yang membuatkan nafas aku semput .
kekuatan semakin mengganas memburu diri aku . aku sudah tidak betah lagi . walau apapun yang terjadi , aku harus segera kelaur dari rumah ini  . aku berlari sekuat hatiku . tidak lama kemudian , aku ternampak cahaya di hujung jalan . harapan terasa berbunga . aku melajukan larian . sudah tidak pedulikan lagi  pada jeritan-jeritan yang berkumandang .
dan akhirnya ! aku berjaya keluar dari rumah berhantu itu . sisa keberanian aku sudah tinggal lalu aku terjelepuk di atas tanah .
"APA PASAT LU?" tiba-tiba ada suara menegur . aku mendongak . kelihatan seorang apek sedang berdiri di belakangku . 
"ITU ..RUMAH TU....BERHANTU!" aku menunding ke arah rumah tersebut .
"HAIYAA..ITU MEMANG LUMAH ANTU MAA ...MEMANG MAYANK ANTU LALAM LUMAH . LU TAKUT , LAIN KALI TAMAU MASUK LAA...HAIYAA...!"apek itu menepuk dahi .
aku tertunduk . kemudian kembali merenung ke arah rumah itu . pada bahagian bumbung , tersegam papan tanda , "RUMAH HANTU LIM TAT".


HAHAHAHA . SORI KAWAN . JUST JOKE LAA . :D

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer