11 November, 2011

11-11-11 : Jumaat Ini Kiamat Kah?


Salam semua, 11-11-11 bersamaan dengan tarikh 11- November- 2011. Di mana kah anda hari itu? Lebih menarik juga waktunya 11.11 pagi 11-11-2011, ialah pada hari Jumaat, 15 Zulhijjah 1432 Hijrah. Pentingkah tarikh ini pada anda?

Yang pasti saya bekerja pada hari itu. Ketika jam menunjukkan 11.11 pagi pada 11-11-2011, berkemungkinan pada kebiasaannya saya dalam persiapan hendak ke masjid menunaikan solat Jumaat. Jika sempat saya akan mengadap makan tengah hari dahulu sebelum ke masjid.

Pelbagai misteri di ceritakan di sebalik angka ini, saya pernah terbaca di laman web barat ada yang mengatakan syaitan akan melakukan sesuatu yang besar pada hari itu. Tidak di nyatakan pula apa yang besarnya? Ermm..yang nyata syaitan berada di mana-mana sekarang kan?

Tidaklah saya mempercayainya, tetapi ada di kalangan rakan islam sendiri yang mengatakan hari kiamat akan berlaku pada hari ini. Secara kebetulan juga ye, kerana hari Kiamat setahu saya akan berlaku pada hari Jumaat, wallahualam.

Jadi tidak kiralah apa yang akan berlaku dan akan anda lakukan pada hari ini, tarikh tersebut memang sesuatu yang unik. Rasanya pasti ada orang yang akan mengabadikan tarikh ini dengan peristiwa yang indah untuk di kenang.

Pasti ada yang memilih untuk mengadakan majlis pertunangan mahupun melangsungkan pernikahan pada tarikh ini . Tak kurang juga ada yang ingin berpindah rumah pada tarikh ini agar senang di ingati pada masa hadapan.

Buat pembaca semua, selamat menyambut tarikh bertuah ini. Satu tarikh yang unik, pasti kita tak akan ketemu lagi tarikh sebegini sepanjang hidup kita kan? Jadi hidup mesti diteruskan, selamat maju jaya pada yang memilih untuk memulakan perniagaan pada tarikh ini.

NOTA : Tahukah anda 11-11-11= -11?

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer