15 February, 2011

putus tangan akibat mencuri .


Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Pengkalan Gaduh, Jerteh Terengganu menerima padah buruk apabila dia tertinggal pergelangan tangan kirinya selepas ditetak pemilik rumah berkenaan sebaik menyedari kediamannya diceroboh.

Kejadian berlaku selepas pemilik rumah yang juga penternak ikan dalam sangkar itu berang sebaik melihat seorang lelaki sedang mengumpil tingkap rumahnya sejurus terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi pelik. 
Menceritakan kejadian berkenaan, penternak yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia tidur bersama enam ahli keluarga lain sebelum terjaga kira-kira jam 3 pagi. 

Selepas ditahan polis, suspek yang mengalami pendarahan teruk akibat terkena tetakan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, bersama pergelangan tangan untuk penyambungan semula. Siasatan awal mendapati suspek bersama teman wanitanya baru menyewa di chalet tempat persembunyiannya dan dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan siasatan lanjut akan dijalankan sejurus dia selesai menjalani rawatan.

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer