17 February, 2011

kontroversi Salingsapa.com


Beberapa hari lepas telah keluar seorang budak Indonesia yang dikatakan membangunakan laman sosial mirip Facebook. Laman web itu dikenali sebagai salingsapa.com dan kononya dibangunkan oleh Muhammad Yahya Harlan.

Setelah beberapa hari kemudian, maka banyaklah blogger di Indonesia yang tidak berpuas hati dengna kenyataan tersebut dan mereka membongkar rahsia sebenarnya. Antara lain kata mereka yang sempat MalaysiaSensasi baca ialah masakan budak kecil boleh membina laman web sebegitu. Menurut mereka laman tersebut menggunakan CMS Jcow dan Theme Facebook. CMS Jcow adalah kemudahan untuk membuat laman sejenis jejaring sosial seperti salingsapa, CyberMoslem dan lain-lain.

Mungkin tidak jadi masalah jika Dalam situs salingsapa tersebut dicantumkan Tulisan Powered By CMS Jcow sehingga semua orang tahu yang laman sosial tersebut bukan ciptaanya. Yahya Harlan, juga dikatakan tidak membeli lesen dari Jcow.

Untuk membuktikannya sila buka laman web salingsapa kemudian control + U atau buka salingsapa klik View kemudian page source (browser mozilla). Anda akan menemui tulisan


Social Networking Software. 4.2.1" />

Itu ertinya bahawa laman tersebut buatan Jcow. Kemudian jika anda tidak percaya bahawa dia tidak membeli lesen dari Jcow, sila teruskan langkah di atas (ctr + U) cari di bahagian bawah (footer) dan anda akan menemuin tulisan http://roomeyda.com/hot-news/salingsapa-dan-pembohongan-publik

Secara peribadi MalaysiaSensasi tidak hairan langsung dengan laman web ini. Kerana sesiapapun boleh memilikinya sekarang. Percayalah, anda boleh download skrip laman web seperti Facebook. Dengan sedikit pengetahuan tentang php dan html serta boleh membuat database maka anda sudah boleh memiliki laman jaringan sosial sendiri - 

No comments:

Post a Comment

Small Cute Blue Gray Pointer