Salam dan selamat sejahtera buat semua,
Hampir setiap hari anda menjadi saksi semakin ramai wanita di luar sana menemui pasangan yang mereka idamkan. Hidup mereka lebih gembira dan lebih terurus selepas ada seorang yang di panggil kekasih hati. Mereka ada seseorang untuk menjadi teman di kala susah, kawan di kala sunyi dan merekalah orang yang paling bahagia di dunia.
Bagi wanita yang sedang mencari seorang kekasih, sudah pasti akan memilih seseorang yang dirasakan sesuai dan selesa bersama. Harapannya satu,agar lelaki yang hadir adalah yang terbaik untuk dirinya dan mampu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai sehingga akhir hayat. Sentuhan dan belaian insan ini adalah yang selalu dirindui dan diingati.
Lebih menggembirakan, ada sahaja yang menghantar kad-kad undangan ke majlis perkahwinan mereka agar anda turut sama merayakan saat mereka bersatu selaku suami isteri. Hari bahagia mereka diraikan sebagai bukti cinta yang mereka sulam. Senyuman yang di perlihat sudah mampu menjelaskan mereka sangat menghargai kehadiran lelaki yang di gelar sebagai seorang suami.
Tidak semua bahagia...
Walaupun ramai yang mengecapi nikmat bahagia bersama pasangan, namun ramai juga yang menemui jalan buntu dalam hubungan. Masing-masing membawa haluan sendiri dan cuba mencari silap agar penceraian dan perpisahan dengan pasangannya terjadi. Sukar untuk di pastikan apakah yang menjadi penyebab berlakunya perpisahan.
Kebanyakan kes perpisahan semuanya bermula daripada rasa tidak selesa untuk bersama. Banyak tindakan anda yang tidak di persetujui oleh pasangan adalah penyebab utama yang membawa kepada terpisahnya dua hati yang pernah bersatu suatu ketika dahulu. Mungkin sikap anda, mungkin juga salah cara anda melayannya, atau mungkin anda mempunyai rahsia yang akhirnya terbongkar dan menyebabkan anda berpisah dengan pasangan. Semua kemungkinan ini adalah berpunca daripada satu masalah - Anda tidak memahami kehendak pasangan anda. “Pengetahuan ‘asas’ sifat pasangan pun anda sudah fail, apatah lagi yang lain!”
Tidak ada sesiapa di dalam dunia ini mahukan perpisahan yang berlaku. Malah perpisahan adalah perkara yang paling kita akan takuti semasa dilamun cinta . Segala yang indah semasa bersama jika boleh kita mahu akhirinya dengan ikatan yang sah dan bersama sepanjang hayat untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.
Lelaki sangat berbeza daripada wanita...
Lelaki adalah sangat berbeza dengan anda selaku seorang wanita dalam banyak aspek. Mereka mempunyai cara berfikir dan persona yang cukup bertentangan dengan kaum hawa. Kelainan inilah yang kadang-kala menyebabkan berlakunya 'perlanggaran sifat' atau dalam bahasa english ‘collide’ antara satu sama lain. Jika perlanggaran ini tidak begitu serius, hubungan masih boleh di teruskan seperti normal, tetapi, jika ia membawa kepada perpisahan sudah pasti anda sendiri payah untuk menyelesaikannya.
Maka, di sebabkan inilah, adalah sangat penting untuk anda memahami teman lelaki atau suami anda dengan lebih baik. Tahu perilaku yang di sukai, masakan yang diminati, hadiah yang paling diingini. Semoga dia mudah tertawan dan sentiasa mengingati anda pada setiap masa.
Lelaki adalah makhluk tuhan mempunyai minat dan perlakuan yang berbeza. Kadang kala, orang menganggap perbezaan ini adalah baik. Sekurang-kurangnya boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Dan kerana itulah juga Hawa diciptakan untuk menemani Adam bukan? Tetapi sedarkah anda, tanpa menyelami hati pasangan, anda mungkin akan akan menyebabkannya bosan dengan anda. Bosan? Ini serius! Awas.
Lelaki mudah tertawan dengan wanita yang memahami....
Kaum lelaki, mereka lebih tertawan pada wanita yang pandai memikat hatinya. Seperti juga wanita, hati lelaki juga perlu dipikat.Kelembutan yang anda pamerkan kepadanya, adalah salah satu cara. Namun masih banyak lagi Rahsia yang perlu anda ketahui dalam memiliki hati seorang insan yang bernama lelaki. Banyak yang perlu anda fahami mengenainya.
Jadi bagaimana anda mahu memikat hati pasangan anda? Bagaimana untuk anda memungkinkan ‘si dia’ setia untuk anda sehingga akhir hayat?
Caranya ialah dengan mengetahui 'Rahsia Hati' pasangan anda.....